Friday 6 January 2012

Lanskap


LANDSKAP
-landskap merupakan satu seni kreatif untuk mengolah pemandangan di atas muka bumi supaya lebih berfungsi dan menarik

Jenis-jenis landskap
1.landskap lembut-terdiri daripada unsur tanaman
2.landskap kejur/keras-terdiri daripada unsur binaan seperti tempat duduk,papan tanda,lampu,arca dll

Fungsi landskap
1.estetika dan keindahan
2.perlindungan dan teduhan
3.merendahkan suhu
4.mengawal pencemaran alam
5.membentuk ruang
6.mengawal hakisan tanah
7.menghadang pemandangan yang tidak menarik
8.mengarah pergerakan atau penunjuk arah
9.melembutkan pemandangan
10.mengurangkan kebosanan
11.merangsang ketenangan jiwa
12.imbangan ekologi dan kehidupan fauna
13.meningkatkan taraf hidup
14.peningkatan ekonomi
15.penyelidikan dan pendidikan

Prinsip rekaan landskap

1.kesatuan-harmoni
2.penegasan-menarik perhatian
3.kepelbagaian-mengelak kebosanan

Jenis pokok
1.pokok renek-tingginya paras pinggang ke bawah
2.tutup bumi-berfungsi untuk menutup permukaan tanah
3.pokok palma-sejenis pokok yang mempunyai satu batang dan pelepah seperti pokok pinang merah, pisang kipas, kelapa dan kurma.

Cara melukis Wajah Manusia

      Di sini saya ingin memberikan secara asas untuk melukis wajah manusia secara anatomikal. Pelukis profesional tidak memerlukan panduan garisan untuk melukis, tetapi bagi pelukis yang baru hendak belajar , mereka sangat memerlukan panduan untuk melukis wajah manusia secara anatomikal.      Langkah pertama yang perlu diakukan adalah dengan letakkan guideline. Lukiskan dua bulatan besar dan bulatan kecil dibawah. Kemudian gariskan tiga garisan melintang secara selari. Garisan atas adalah untuk paras rambut. Garisan tengah untuk paras bulu kening dan garis bawah adalah garisan paras bawah hidung. Lukiskan garisan dibawah dahulu kemudian garisan ditengah bulatan besar. kemudian di atas kekali secara selari. Tidak perlu menggunakan pembaris. Biasakan diri anda untuk tidak gunakan pembaris kerana kita melukis wajah manusia bukan lukis wajah seekor robot. Berapa besar bulatan tersebut. Ini adalah yang perlu anda perhatikan. Belajar dari pemerhatiaan. Untuk wajah orang dewasa dan wajah kanak-kanak adalah berlainan. Kanak-kanak mempunyai bulatan yang lebih besar (bulatan diatas). Paras mata kanak-kanak adalah sedikit kebawah berbanding dewasa.










       Langkah seterusnya adalah melukis bahagian hidung dan mata. lukis hidung diatas garisan. Kemudian larikkan bulu kening kemudian lukiskan bahagian mata. Bahagian mata ini adalah sangat penting. Bahagikan tengah tersebut kepada 5 section. Tidak perlu mengukur, cukup sekadar mengagak sahaja kerana wajah manusia berbeza-beza. section yang kedua dan keempat itu dilukis mata. Nanti saya akan beri penerangan lanjut bagaimana untuk melukis mata.











        Langkah terakhir adalah melakar secara penuh rupabentuk wajah manusia tersebut. Cuba perhatikan bahagian telinga manusia tersebut. jarak telingga adalah sama dengan paras garisan kedua dan ketiga. telinga juga sama paras dengan dengan atas kening. Perlu diingat sepanjang pengalaman saya, paras kening adakala lebih terangkat sedikit daripada paras atas telinga.

Thursday 5 January 2012

TEORI KREATIVITI TAYLOR

KREATIVITI TAYLOR
Calvin W. Taylor ialah seorang ahli psikologi yang memperkatakan tentang tidak semua manusia dilahirkan dan dikurniakan dengan bakat yang sama. Beliau percaya bahawa perkembangan bakat seseorang terlalu berkait rapat dengan cara bagaimana seorang pendidik berupaya merangsang pemikiran seorang pelajar. Di dalam teorinya “Multiple Creative Talent”, beliau menjelaskan bahawa pembentukkan bakat perlulah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.
Dalam teorinya Taylor telah menyarankan lima jenis kreativiti bagi menunjukkan tahap perbezaan proses kreativiti yang berlaku pada seorang individu dengan individu yang lain. Jenis-jenis kreativiti berkenaan adalah: 


(a) Kreativiti Bersifat Ekspresif
Kreativiti yang bersifat ekpresif selalunya berlaku secara rawak dan bebas. Ia boleh dilihat melalui lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang melukis secara sepontan. Kebanyakan lukisan yang dihasikan oleh kanak-kanak pada peringkat ini adalah secara bebas. Hasil lukisan itu juga mengikut kemampuan bersesuaian dengan usia dan perkembangan keadaan fizikal mereka yang belum stabil. Pada peringkat ini hasil lukisannya adalah dalam bentuk contengan dan penggunaan garisan yang tidak terkawal. Kreativiti bersifat ekpresif ini adalah bersifat bebas, kemahiran, keaslian dan kualiti tidak dianggap penting oleh pelajar semasa proses menghasilkan karya.


(b) Kreativiti melalui Penghasilan/Teknikal
Kreativiti melalui proses penghasilan adalah merujuk kepada kecekapan dan keupayaan seseorang pelajar dalam menghasilkan karya. Dalam peringkat ini pendidik perlulah membantu pelajar bagi tujuan menambahbaikan kemahiran yang sedia pada mereka kepada satu kaedah yang lebih sistematik dan terancang dengan sempurna. Ketika ini peranan pendidik sangat penting kerana pelajar memerlukan bimbingan bagi mengenal pasti kaedah dan pendekatan yang sempurna dan sesuai dalam proses menghasilkan karya yang baik.


(c) Kreativiti Bersifat Inventif
Kreativiti bersifat inventif adalah merujuk kepada keupayaan individu mencipta benda atau objek baru melalui proses ekprimentasi. Pada peringkat ini penekanan utama adalah faktor-faktor penemuan dan penciptaan yang baru. Ia juga melibatkan percubaan demi percubaan bagi menghasilkan satu teori, formula dan kesimpulan terhadap eksprimen yang telah dijalankan oleh individu tersebut. Peranan pendidik pada peringkat ini adalah memberikan galakkan dan sokongan agar pelajar tidak mudah putus asa.


(d) Kreativiti Bersifat Inovatif
Kreativiti bersifat inovatif pula adalah peringkat yang melibatkan pengubahsuaian kepada konsep-konsep asas yang sedia ada kepada idea yang baru. Pada peringkat ini pelajar mula melakukan pengubahsuaian dan pembaharuan melalui gaya dan teknik mereka sendiri. Pendidik boleh membantu dan membimbing pelajar untuk mengenalpasti kaedah perlaksanaan yang betul. Di samping itu juga pelajar telah mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan kaedah alternatif bagi setiap perancangan yang dibuat oleh mereka.


(e) Kreativiti Bersifat Imaginatif 
Kreativiti bersifat imaginatif merupakan kreativiti yang paling tinggi kedudukannya. Pada peringkat ini prinsip-prinsip formal seni diterjermahkan di dalam bentuk abstrak dan dipermudahkan. Contohnya, imej figura manusia digambarkan tanpa memberikan perhatian serta penekanan kepada bentuk asas atau bentuk formal figura tersebut.