Friday 16 December 2011

Grafik

GRAFIK PERSEKITARAN


1. PAPAN IKLAN / PAPAN PERAGA (BILLBOARD)
-Merupakan sebuah poster besar yang terdapat di tepi atau persimpangan jalan. Terdapat pelbagai bentuk, ada yang menggunakan elektronik utau bermotor.

2. IKLAN TRASSIT
-Iklan persinggahan atau transit adalah bentuk iklan yang diletakkan pada kenderaan awam seperti bas, keratapi, teksi dan sebagainya.

3. IKLAN PERSIMPANGAN
-Iklan ini terdapat di tempat-tempat strategik di kawasan orang ramai berjalan kaki. Terdapat dalam bentuk 3 dimensi dan berpusing.

4. TANDA JALAN
-Tanda jalan merupakan maklumat haluan kepada orang awam untuk membantu arah tuju ke destinasi sesuatu tempat.

PRINSIP GRAFIK PERSEKITARAN

1.Keterbacaan-boleh dibaca dengan mudah dengan sekali pandang.
2.Gambar dan ilustrasi yang minimum dan mudah difahami.
3.Pemilihan warna yang sesuai dengan persekitaran.
4.Saiz yang sesuai dengan penglihatan.
5.Mengaplikasikan asas seni reka dalam reka bentuk iklan.
6.Keaslian dan beridentiti tersendiri.
7.Lokasi yang sesuai.
8.Penggunaan bahasa yang mudah dan betul.
9.Reka bentuk yang kreatif untuk menarik perhatian.

Tuesday 6 December 2011

Batik

BATIK


1. PENGENALAN
a. Batik ialah hasil kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain
b. Batik terkenal di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunai
c. Ragam hias batik Malaysia dipengaruhi ragam hias batik Indonesia
d. Perusahaan batik di Malaysia bermula di Kelantan dan Terengganu


2. MOTIF-MOTIF BATIK
a. Motif flora – motif akar menjalar, buah pala, bunga raya, daun keladi, daun menjalar bunga teratai dll
b. Motif fauna – motif burung, ayam jantan, ayam betina, kala jengking, siput, rama-rama dll
c. Motif geometri – motif parang rosak, kisi-kisi, swastika, jalur, pilin berganda ‘S’ dll
d. Motif isen – motif ada-ada, centel, penutupan, sisik, mata dara, sabut kelapa dll


3. JENIS-JENIS BATIK
a. Batik tulis / lukis – menggunakan canting untuk menerap lilin
b. Batik terap / blok – menggunakan blok / sarang untuk menerap lilin
c. Batik skrin – menggunakan pemidang skrin dan sekuji
d. Batik pelangi – menggunakan teknik ikat dan celup, tidak menggunakan lilin
e. Batik pelbagai jenis – menggunakan pelbagai teknik


4. PROSES MEMBUAT BATIK
a. Batik tulis / lukis
Basuh kain putih -> regangkan pada pemidang kain -> buat lorekan corak dengan pensel -> panaskan campuran lilin,damar dan minyak kelapa -> cedok lilin dengan canting -> lukis ikut lakaran pensel -> warnakan -> keringkan -> sapu sodium silikat (untuk mematikan warna) -> biarkan 8 hingga 12 jam -> rebus kain dengan air panas campuran soda ash -> rendam dan basuh dengan air biasa keringkan


b. Batik terap / blok
Lukis lakaran motif -> buat blok ikut lakaran motif dengan kepingan logam -> basuh kain untuk hilangkan kanji -> bentangkan kain di atas meja pengecap -> panaskan lilin dalam kuali leper -> celup blok ke dalam lilin -> celupkan kain yang siap dicop ke dalam warna Naphtol -> rebus kain dalam campuran soda ash -> basuh dan jemur kain


c. Batik pelangi
Ikat kain dengan ikatan yang sesuai -> bancuh air dengan pewarna -> celup beberapa kali ke dalam pewarna -> cuci kain dan keringkan (untuk mendapat kesan beraneka warna, kain perlu diikat dan dicelup beberapa kali)